Thursday, August 11, 2011

Syaitan Itu Kreatif



Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya.
Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?
Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.



"Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan dareah putih menuju daerah hitam. . . tetapi dia mewujudkan lebih banyak daerah 'grey' - warna keperang-perangan, yg hakikatnya bukan lagi kebenaran."
Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yg dianggap kebenaran.  topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yg dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada2 saja 'was-was' baru yg ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan Tuhan. Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak…  

Rasul berpesan: katakan benar walaupun pahit!

www.iluvislam.com
Pahrol Mohd Juoi
Editor:mawaryangtinggi
 Sumber: http://genta-rasa.com/2010/07/26/syaitan-itu-kreatif/#more-1088

Wednesday, August 3, 2011

Puasa Syariat dan Puasa Adat



“Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat,  pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”  
(Diriwayatkan oleh Salman al-Farisi)



Rasulullah saw.  merupakan manusia terpilih dan  tauladan terbaik bagi kita. Baginda melipat gandakan ibadah kepada Allah swt. apabila Ramadhan memasuki 10 hari terakhir. Baginda menghidupkan malam harinya dengan mendekatkan diri kepada Allah swt., bahkan baginda membangunkan keluarganya agar turut serta beribadah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah ra. yang bermaksud:  

“Adalah Rasulullah saw. apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadhan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan para ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadith di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah saw. melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan.

Bagaimana pula dengan kita?

Masing-masing sedar dan tentu dapat membuat  penilaian sendiri dengan amal ibadah kita terutamanya pada akhir-akhir Ramadhan. Kita dapat perhatikan bahawa kebanyakan dari kita semakin lalai dan semakin hilang tumpuan untuk beramal ibadat demi mencari keredhaan Allah swt. dalam bulan yang penuh rahmat ini.

Apakah perancangan kita apabila menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak?
 
Sudah pasti masing-masing  ingin melipat gandakan amal ibadat semata-mata untuk merebut ganjaran yang dijanjikan Allah swt.. Ramadhan juga dijadikan landasan untuk menginjak ketaqwaan kita pada Allah swt..
Bagi yang beriltizam dengan harapan demikian, alhamdulillah

Dalam mengejar ganjaran Allah, jangan kita lupa untuk memimpin saudara serta teman untuk turut serta mempergiatkan amalan demi mencapai matlamat yang sama.

PUASA SYARIAT atau PUASA ADAT?

Wujudkah Puasa Adat? Sudah tentu kita berpuasa kerana mengikut syariat Islam.

Kita ulangkaji sikit mengenai ‘Rukun Islam’

1)      Mengucap dua kalimah syahadah
2)      Menunaikan solat lima waktu
3)      Berpuasa di bulan Ramadhan
4)      Menunaikan zakat
5)      Mengerjakan haji


Dapatlah kita lihat dari senarai Rukun Islam di atas bahawa kita sekarang berada pada tuntutan rukun yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Apa yang dapat kita lihat pada hari ini, kebanyakan dari kita yang mengakui  Muslim tidak melaksanakan puasa sebagai ibadah mengikut tuntutan syariat. Dalam erti kata lain, tidak memahami konsep puasa dalam Islam.

Apabila berbicara tentang puasa, apa yang bermain di kepala kita adalah tak boleh makan serta minum. Ada pula yang mengeluh seumpama terpaksa berpuasa selama sebulan.

Tiada matlamat. Puasa tak habis lagi, kalut nak raya. Siapa mereka yang tersasar dari matlamat puasa sebenar? Siapa lagi kalau bukan saudara, rakan-rakan bahkan diri kita sendiri.

Akibat kejahilan, ibadat puasa yang penuh dengan limpahan rahmat Allah swt. dilalui dengan sia-sia. Tiada ganjaran.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa pun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Amatlah takut orang-orang yang beriman kiranya puasa mereka sia-sia apabila mendengarkan hadith berkenaan. Tumpuan, matlamat, kesungguhan serta keikhlasan mesti hadir dalam diri kita untuk melakukan apa jua ibadah. Andainya salah satunya tiada, maka jawapannya seperti mana hadith di atas.

Orang puasa, kita pun puasa. Atas kefahaman yang begitu saja kita berpuasa.

Itulah ‘Puasa Adat’. Ramai di kalangan kita sekadar berpuasa, tapi solat lima waktu diabaikan. Tuntutan rukun Islam yang kedua pun tak tertunai, tiba-tiba berpuasa untuk mendapat ganjaran.

Dapatkah? Ya, memang dapat. Dapat sebagaimana huraian hadith di atas.

Tanyalah diri kita masing-masing.

“Adakah aku berpuasa mengikut ‘Puasa Syariat’ atau ‘Puasa Adat’ ?”

Marilah kita sama-sama muhasabah diri, kita masih diberi kesempatan untuk membaiki nilai puasa kita walaupun Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.





..............................................................................................
Tujuan penulisan ini adalah untuk saling nasihat-menasihati dan sebagai ingatan sesama kita saudara seagama bahkan untuk diri yang sering lalai ini. Kelak kepada-Nya jua kita kembali. Mulai saat ini dan seterusnya, marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita sudahpun berada pada 10 malam terakhir Ramadhan. Jangan lepaskan peluang yang ada untuk kita keluar dari cengkaman agenda Iblis, syaitan serta musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari jalan menyesatkan kita selama ini.

Hari ini kita umat Islam semakin lemah. Inilah masanya kita bangun bersama. Sesungguhnya akhir zaman ini sudah hampir tiba pada kemuncaknya. Wallahua’lam.

InsyaAllah, gerakan kebangkitan umat Islam bermula pada bulan yang mulia ini.

Ayuh! bersama berganding bahu.


"Jangan biarkan kesedaran anda tergantung" 
www.iluvislam.com
Oleh : Kuhamba
Editor: Isyrak

Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t

Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah s.w.t.

Prof. Doktor Wahbah az-Zuhaili. (di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua/ muka surat 130. Cetakan Darul Fikri Damsyik) ketika menafsirkan ayat ini menyebut bahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t melalui beberapa faktor :

1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah s.w.t. (Seseorang boleh makan lalu berpura-pura lapar di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah s.w.t. Justeru Allah s.w.t adalah Tuhan yang Maha Mengetahui)

2. Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. (lantaran puasa melemahkan gelora nafsu)

3. Mencetus naluri yang peka (sensitive) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain. (Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik)

4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang–orang kaya dan miskin. (di sisi Allah s.w.t)

5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas sistem (yang benar dan menepati fitrah) dan mendisiplinkannya.

6. Memulihkan struktur dalaman tubuh, menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانً۬ا وَيُكَفِّرۡ عَنڪُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar
[Surah Al-Anfal 8 : Ayat 29]

 . .IluvIslam. .

Friday, July 8, 2011

. .KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT. .

1. Hari Terbaik
 
Abu Hurairah z meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabada: "Hari terbaik dimana pada hari itu matahari terbit adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan, dimasukkan surga serta dikeluarkan darinya. Dan kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jum'at


2. Terdapat Waktu Mustajab untuk Berdo'a.

Abu Hurairah z berkata Rasulullah bersabda: " Sesungguhnya pada hari Jum'at terdapat waktu mustajab bila seorang hamba muslim melaksanakan shalat dan memohon sesuatu kepada Allah pada waktu itu, niscaya Allah akan mengabulkannya. Rasululllah mengisyaratkan dengan tangannya menggambarkan sedikitnya waktu itu (H. Muttafaqun Alaih)



Ibnu Qayyim Al Jauziah - setelah menjabarkan perbedaan pendapat tentang kapan waktu itu - mengatakan: "Diantara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadits yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya shalat. Kedua, sesudah Ashar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi (Zadul Ma'ad Jilid I/389-390).


3. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.

Ibnu Qayyim berkata: "Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan sedekah pada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya". Hadits dari Ka'ab z menjelaskan: "Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya".(Mauquf Shahih)


4. Hari tatkala Allah menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di Surga.

Sahabat Anas bin Malik z dalam mengomentari ayat: "Dan Kami memiliki pertambahannya" (QS.50:35) mengatakan: "Allah menampakkan diri kepada mereka setiap hari Jum'at".


5. Hari besar yang berulang setiap pekan.

Ibnu Abbas z berkata : Rasulullah bersabda: "Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi ummat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri shalat Jum'at hendaklah mandi terlebih dahulu ......". (HR. Ibnu Majah)


6. Hari dihapuskannya dosa-dosa

Salman Al Farisi z berkata : Rasulullah bersabda: "Siapa yang mandi pada hari Jum'at, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, mengoleskan parfum, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi diantara dua orang untuk dilewatinya, kemudian shalat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, niscaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jum'at". (HR. Bukhari).


7. Orang yang berjalan untuk shalat Jum'at akan mendapat pahala untuk tiap langkahnya, setara dengan pahala ibadah satu tahun shalat dan puasa.

Aus bin Aus z berkata: Rasulullah bersabda: "Siapa yang mandi pada hari Jum'at, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf terdepan kemudian dia diam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan shalat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah". (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, dinyatakan shahih oleh Ibnu Huzaimah).


8. Wafat pada malam hari Jum'at atau siangnya adalah tanda husnul khatimah, yaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru , bahwa Rasulullah bersabda:"Setiap muslim yang mati pada siang hari Jum'at atau malamnya, niscaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur". (HR. Ahmad dan Tirmizi, dinilai shahih oleh Al-Bani)

Thursday, July 7, 2011

1st user. .

assalamualaikum. .
i'm a new user 4 having a blogger. .ngeh3. .